Search This Blog

Sunday 29 May 2011

Isu Kenaikan Harga ~Wawancara Bersama Dato Marimuthu Nadison~

Kerisauan dan keresahan pengguna tentang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melambung serta kegawatan ekonomi yang dialami masakini kian mendalam. Indeks Sentimen Pengguna negara menjunam ke 74.1 mata pada suku keempat 2008 dan pada masa yang sama, Indeks Harga Pengguna pula mencatat peningkatan 4.4% berbanding tahun lalu.
Banyak lagi index lain, kajian-kajian anekdot ahli media, pengumuman rasmi prestasi syarikat, dan juga data dari kerajaan menunjukkan bahawa keadaan yang gawat ini adalah benar dan rakyat sedang menderita setiap hari. FOMCA telah menjalankan analisa menyeluruh dalam aspek ini dan mendapati selain dari faktor bahan api, faktor-faktor luaran dan dalaman yang lain turut memainkan peranan yang kritikal dalam situasi ini.
Adakah harga barangan seperti bahan makanan bergantung kepada harga petrol atau adanya faktor - faktor lain yang boleh mempengaruhi?
Kenaikan harga petrol kelihatan merupakan punca dan alasan utama bagi peniaga kecil dan juga pengusaha besar untuk menaikka'n harga barangan mereka. Bagi yang lain, mereka sering melihat faktor ini sebagai punca utama bagi kenaikan harga barangan secara keseluruhan. Namun di FOMCA, kami telah mengkaji literatur-literatur ekonomi secara mendalam dan mendapati terdapat pelbagai jenis faktor lain yang menyumbang kepada kenaikan harga.
Pertamanya, kita mempunyai permitaan yang tinggi terhadap barang makanan import. Dalam tempoh lima tahun, data dari Kementerian Pertanian menunjukkan bahawa bil makanan import Malaysia mengalami pertambahan sebanyak 85% kepada RM21.5 bilion pada tahun 2007 dari RM11.6 billion pada tahun 2003. Senarai dalam kategori umum telah mencecah 35 jenis barangan, dan senarai spesifik merangkumi beratus jenis barang makanan dari pelbagai Negara. Dari tahun 2003-2007, import untuk bekalan susu dan hasil tenusu yang lain (selain keju dan mentega) telah meningkat sebanyak 100%, dari RM1.1 billion kepada RM2.2 billion. Permintaan untuk bekalan ikan pula mengalami kenaikan dari RM828 juta kepada RM1.2 billion (45%), gandum sebanyak 99% dari RM653 juta kepada hampir RM1.3 billion, manakala permintaan untuk bekalan daging lembu pula mengalami kenaikan sebanyak 69% dari RM439 juta kepada RM740 juta. Bekalan makanan yang mencukupi merupakan agenda utama kebanyak negara membangun di rantau Asia, terutamanya bekalan beras ketika krisi bekalan makanan. Memandangkan situasi ini semakin memuncak, bekalan makanan negara kita akan menghadapi risiko. Kebergantungan kita kepada negara lain untuk bekalan makanan meletakkan negara kita dalam pergolakan harga pasaran dunia.
Dengan perubahan iklim dunia yang menganacam pengeluaran hasil tani, kebanyakan negara membangun sedang mengurangkan eksport bahan makanan untuk memenuhi permintaan tempatan. Sebagai contoh, Vietnam sedang mengurangkan eksport beras kerana masalah banjir yang membawankepada pengurangan jumlah beras yang dihasilkan. Musim kemarau yang berlarutan pula mengurangkan pengeluaran gandum. Mencapai keseimbangann dalam import dan eksport makanan adalah kritikal dan bersama dengan persaingan dalam pasaran, akan memastikan pengguna mendapat barangan berkualiti dengan harga berpatutan.
Apabila kita tidak menghasilkan makanan sendiri, terutamanya sewaktu krisis melanda, harga makanan akan melonjak disebabkan permintaan yang mendadak dan bekalan berkurangan. Pada bulan Disember 2008 lalu, harga 1kg cili merah mengalami kenaikan dari RM5 kepada RM15, harga bawang merah pula naik kepada RM8 dari RM2.50, timun dari RM0.80 sen kepada RM2.50, salad kepada RM8 dari RM3, limau nipis kepada RM5 dari RM2 dan cili padi dari RM9 kg daripada RM3. Kenaikan harga cili yang mendadak memaksa FAMA mengambil tindakan mengimport 20 tan metrik dari China untuk menstabilkan pasaran dan FAMA akan turut mengimport 1 juta tan metrik kubis dari China dan Indonesia serta 60 tan metrik timun dari Thaliland untuk menampung kekurangan bekalan bahan makanan.
Keduanya, harga juga ditentukan oleh struktur pasaran. Pada peringkat runcit, persaingan yang sengit di kalangan pengusaha pasaraya, dan pelbagai jenis pasar yang lain akan menyebabkan penurunan harga barangan. Namun, jika terdapat monopoli di kalangan pembekal, sama ada dari pengimport atau pemborong, harga barangan akan dimanipulasi kerana kurangnya persaingan.
Ketiganya, kita perlu memerhati bagaimana sesebuah perniagaan dijalankan dan kos yang diperlukan untuk menampung operasinya. Selain dari kos petrol, kos gaji pekerja, stok, bil air dan elektrik juga perlu diambil kira. Harga elektrik juga mengalami kenaikan yang drastik dalam dua tahun kebelakangan ini. Dengan kos hidup yang semakin meningkat, pekerja juga telah mula meminta kenaikan harga barangan mentah seluruh dunia, maka peniaga akan mengenakan kosnya kepada pengguna dengan menaikkan harga.
Sumbangan orang tengah ridak dapat disangkal kerana mereka memainkan peranan yang penting dalam menentukan harga barangan yang terdapat di pasaran masa kini. Mereka selalu nerada dalam situasi yang menguntungkan kerana boleh mendapat keuntungan daripada kedua-dua pihak, iaitu pengeluar dan pengguna. Kebanyakan menetap dan membeli barangan daripada petani dengan harga yang rendah dan menjual barangan yang sama dengan harga yang jauh lebih tinggi kepada peniaga dan pengguna. Mekanisme harga dab operasi kartel harus dikaji dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi penghalang kepada kemasukan pasaran tempatan dan mengurangkan persaingan.
Syarikat multinasional yang menguasai rangkaian bekalan dan pemasaran dalam sektor makanan yang dilihat sebagai faktor penting yang menyumbang kepada kenaikan harga makanan. Sebagai contoh, Monsanto memiliki 60% daripada pasaran bijian dunia. Nastle bersama pengusaha lain seperti krafts dan general Food secara relatifnya menakluk pasaran makanan global. Apabila adanya kuasa pasaran seperti ini, penyerapan kos adalah dijangka minimum dan segala kos yang berlebihan akan disalurkan kepada pengguna melalui kenaikan harga. Memandangkan wujudnya kuasa monopoli oleh korporat gergasi seperti ini, dan kekurangan perundangan untuk memupuk persaingan adil di pasaran, secara amnya tiada sebarang cara yang dapat menghalang mereka daripada memanipulasikan harga untuk keuntungan yang berlipat ganda. Seperti contoh. Nestle mengumumkan keuntungan tiga kali ganda pada suku keempat tahun 2008, dan sebabnya ialah walaupun harga jualan telah meningkat, tiada penurunan pada kuantiti jualan. Ini menjelaskan mengapa tiada penurunan harga barangan makanan walaupun terdapat penurunan pada harga borong komoditi makanan.
Patutkah kita mengharapkan harga barangan untuk turun serta -merta atau ia akan mengambil masa? Mengapa?
Kita tidak menjangka harga barangan akan turun dengan serta merta. FOMCA telah melakukan kajian harga di sekitar kawasan KL dan PJ dan mendapati restoran dan gerai makan secara amnya tiada penurunan harga yang ketara. Secara idealnya, jika harga makanan telah dinaikkan kerana kenaikan harga petrol, maka harga makanan sepatutnya turun dengan penurunan harga minyak. Seperti yang telah saya katakan, terdapat banyak input pada rantai kenaikan harga seperti kos tenaga pekerja, sewa, bekalan, logistik dan sebagainya. Maka, untuk menurunkan harga barangan, kos operasi perlu diturunkan terlebih dahulu, termasuk pengurangan dalam segala jenis kos yang lain.
Profiteering (mengaut keuntungan melampau) adalah satu masalah yang besar dan kompleks kerana pada masa ini, tiada sebarang akta atau undang-undang yang dapat mengawal isu ini. Pengusaha boleh mengatakan bahawa barangan mereka berkualiti, memiliki resipi tertentu dan sebagainya sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan namun tiada cara spesifik yang boleh mengenal pasti kebenaran ini. Pihak kerajaan telah memilih pendekatan yang kurang agresif iaitu dengan mendidik penguasaha agar mereka lebih beretika dalam perniagaan mereka. Oleh itu, pengguna perlu lebih bijak dalam membanding beza harga barangan dan melakukan pilihan yang terbaik.
Walaupun pengguna mempunyai pilihan untuk melakukan pembelian, bolehkah mereka melakukan pilihan yang terbaik jika kenaikan harga berlaku di mana - mana sahaja?
Menjelang krisis sebegini, kita perlu lebih berhati-berhati dan berusaha untuk mengurangkan berbelanja makan di luar. Memasak di rumah adalah lebih menjimatkan di samping lebih berkhasiat dan boleh mengurangkan perbelanjaan makanan bulanan. Dari segi bahan mentah seperti sayuran, kita boleh berjinak-jinak dengan bercucuk tanam di rumah sendiri. Sesetengah sayuran boleh di tanam di pasu seperti kubis, cili, kacang panjang dan sebagainya.
Jika kita memilih untuk makan di luar, terdapat juga banyak pilihan yang boleh dibuat. Mengurangkan pemakanan daging melebihkan sayuran bukan sahaja dapat mengurangkan jumlah perbelanjaan, tetapi juga lebih menyihatkan dan memelihara alam sekitar. Tenaga yang digunakan untuk produksi daging adalah sangat tinggi dan begitu juga dengan pengeluaran gas-gas pencemar alam seperti metana dan nitrus oxida hasil penggunaan baja, dan sisa haiwan. Kesemua ini merupakan salah satu punca utama pemanasan global.
Adakah masalah-masalah ini juga berpunca dari faktor global?
Masalah pemanasan global yang semakin meruncing telah menyebabkan iklim dunia berubah secara drastik dan telah membawa kesan kepada Malaysia, sebuah negara yang mempunyai cuaca yang stabil. Sejak kebelakangan ini, kita telah memerhati peningkatan dalam jumlah hujan dan banjir serta kemarau di beberapa negeri yang tertentu di negara kita. Senario ini membawa kesan kepada kitar hidup tanaman dan sektor perikanan, yang secara langsung membawa kepada kenaikan kos pengeluaran dan pengurangan bekalan.
Kesan globalisasi juga telah membawa kepada perubahan kepada cara perniagaan dijalankan pada hari ini. Jumlah perdagangan global makanan adalah amat besar dan terdapat peningkatan yang signifikan dalam kuantiti dan variasi makanan yang didagangkan. Malaysia sebagai ahli WTO terikat dengan beberapa perjanjian global, dan bawah perjanjian GATS, Malaysia terikat secara udang-undang untuk mengurangkan perlindungannya atas pasaran domestik.
GATS bertujuan untuk mempromosikan perdagngan global dan mengalihkan halangan perdagangan dengan mengalakkan penswastaan. Pengalaman lepas mengesahkan bahawa penswastaan berkait langsung dengan peningkatan harga barangan.
WTO juga memberi impak kepada pengguna dalam corak perbelanjaan
dan kepenggunaan. Implikasi dari GATS juga telah menyebabkan pasaran
menjadi lebih agresif dan bersaing tinggi. Dalam masa yang sama, barangan
luar negara telah memasuki pasaran tempatan dengan harga yang cukup
kompetitif, justeru membawa kepada pengguna zaman moden yang lebih
boros. Pengguna, terutamanya golongan pertengahan masa kini cenderung
untuk berbelanja secara berlebihan untuk teknologi yang baru. barangan
berbungkus, dan aksesori individu atas nama fesyen dan kemudahan. Iklan
kad kredit, pinjaman perumahan, dan kereta yang agresif telah memburukkan
lagi keadaan. Dengan promosi menarik seperti hadiah percuma dan skim
bayaran mudah, sektor kewangan menggalakkan pengguna untuk
melemaskan diri dalam hutang jangka panjang. Kesan langsung dari pasaran
pengguna yang terlalu aktif adalah kenaikan harga barangan dan servis
kerana adanya permintaan yang meningkat X
Tetapi memandangkan keudaan ekonomi sekarang tidak begitu mengizinkan, rakyat sudah mula mengurangkan perbelanjaan...
Namun, hutang yang sedia ada masih wujud. Budaya kredit kini sedang menular di negara kita dan merupakan salah satu isu yang perlu diberi perhatian. Golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan sudah melibatkan diri dengan hutang dan pinjaman kereta, perumahan dan kad kredit.
Cara hidup berdasarkan prinsip 'miliki sekarang dan bayar kemudian' menyebabkan orang ramai terdedah kepada bahaya hutang sekeliling pinggang dan menjadi muflis. Kaedah perniagaan bank yang mengenakan wang bunga yang tinggi dan pelbagai jenis caj tambahan yang lain memperlihatkan mereka seakan along yang berlesen. Sedangkan terdapat peningkatan kos hidup, banyak bank sedang mempromosikan kad kredit dan pinjaman mereka. Kekurangan undang-undang untuk mengawasi kegiatan promosi pihak bank telah membenarkan mereka melaksanakan pelbagai jenis pema'saran yang kurang beretika seperti kad kredit yang pra lulus tanpa persetujuan pengguna, wang tunai pendahuluan dalam bentuk cek dan janjian pelbagai hadiah yang menawan untuk menarik perhatian pengguna untuk menggunakan produk dan servis mereka. Dengan tawaran menarik seperti pemansuhan yuran tahunan. hadiah percuma, pertandingan dan sebagainya, ia meningkatkan lagi risiko pengguna untuk terus menambah hutang mereka yang sedia ada. Malah, terdapat segilintir yang terpaksa membayar balik hutang kad kredit mereka dengan mendapatkan pinjaman persendirian dari bank.
Promosi pinjaman sewa beli bagi kereta juga semakin agresif sehingga seseorang itu boleh memiliki sebuah kereta dengan amaun minimum atau tanpa bayaran pendahuluan. Pihak bank akan melanjutkan pinjaman berkenaan sehingga 9 tahun atau lebih, dan apabila pemilik kereta sudah menjelaskan bayaran, dia sudahpun membayar 50% lebih untuk sebuah kereta lama berumur 10 tahun.
Apakah pendapat Datuk mengenai langkah kerajaan yang mengesa peniaga untuk menurunkan harga barangan?
Dengan penurunan harga petrol, pihak kerajaan telah mengesa peniaga untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan. Maklumbalas terhadap gesaan ini ada'lah positif di mana setiap pasaraya dikatakan telah menurunkan harga untuk lebih 1000 jenis barangan gunaan harian. Walaupun dilihat sebagai langkah yang menguntungkan pengguna, namun dari aspek mutu dan kualiti barangan juga perlu dijamin. Pengguna juga seharusnya lebih cermat ketika membeli, dan baca label produk dengan menyeluruh.
Pasaraya-pasaraya mempunyai margin keunrungan yang fleksibel secara relatifnya. Tetapi tidak bagi peniaga-peniaga kecil, dan adalah sukar bagi mereka untuk menurunkan harga barangan dengan begitu sahaja. Walaupun harga petrol sudah menurun. namun harga gas yang digunakan untuk memasak (LPG) masih kekal.
Ditambah lagi dengan krisis makanan global dan bekalan yang tidak mencukupi, kerajaan sememangnya tidak dapat mengenakan kawalan harga ke atas kesemua barangan. Harga bagi sos soya contohnya, telah mengalami kenaikan sebanyak 40% pada tahun ini kerana terdapat kenaikan harga tepung di pasaran dunia.
Terdapat juga peniaga yang menaikkan harga tanpa sebab munasabah demi mengaut keuntungan, manakala adajuga yang tunggu dan melihat pesaingnya menurunkan harga dahulu. Dalam hal ini, pihak kerajaan perlu memberi tekanan kepada peniaga serta kawalan terhadap kegiatan sebegini.
Pada pendapat Datuk, apakah yang perlu yang dilakukan kerajaan?
Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh kerajaan, dan ia merupakan tanggungjawab yang dipikul bersama oleh pelbagai agensi dan j aba tan yang berkenaan, dan bukannya hanya tertakluk kepada K.PDNHEP sahaja. Kementerian pertanian sebagai contoh boleh merangka polisi untuk menjamin bekalan makanan negara. Adalah sedia maklum bahawa memang terdapat pelbagai inisiatif yang telah dijalankan terutamanya dalam pengeluaran beras, namun ia merupakan maklumbalas reaktif setelah berlakunya krisis kekurangan bekalan makanan.
Pelan yang berfokuskan pembangunan mega untuk pertanian seperti NCER dan ECER mesti bertumpu kepada pengeluaran makanan dan bukannya untuk menbangunkan tanaman bukan makanan asas seperti kelapa sawit, getah dan komoditi yang lain. Kerajaan juga perlu memformulasikan polisi pertanian yang mencerminkan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia dan bukannya secara spesifik kepada keperluan sektor swasta semata-mata. Polisi baru yang dirangka perlu mengambil kira objektif polisi sedia ada yang belum dicapai dan usahakannya.
Pihak kerajaan perlu meningkatkan kecekapan pemasaran produk makanan dengan mengurangkan penglibatan dan peranan orang tengah dalam pengedaran makanan. Konsep 'pasar tani' perlu diperluaskan lagi agar ia dapat mencapai pengguna di seluruh Malaysia. Ini mempermudahkan pengeluar menjual barangan mereka secara terus kepada pengguna dan pengguna pula dapat membeli barangan tani yang bermutu dengan harga yang berpatutan. Sejajar dengan ini, peranan dan fungsi pasar tani perlu dikekalkan seperti yang sedia ada dan tidak seharusnya ditukarkan kepada konsep pasar malam di mana ruang gerai yang disediakan disewa untuk menjual barangan bukan tani. Aktiviti pengawasan perlu dilakukan oleh pihak berkenaan untuk mengelak dari mengagalkan objektif skim ini. Dalam usaha meningkatkan pengeluaran pertanian, kerajaan harus memberi insentif dan dorongan yang berterusan kepada petani kecil agar mereka dapat pengurangan beban kos pengeluaran. Para petani akan dapat meningkatkan produktiviti mereka dan juga secara langsung mengekalkan pengeluaran makanan negara.
*
Pada pendapat Datuk, apakah pula peranan KPDNHEP?
Mereka perlu terus memberi tekanan kepada persatuan - persatuan seperti persatuan restoran dan penjaja yang wujud untuk memberikan sebab peningkatan harga mereka dan mengkaji kewajaran penaikkan harga tersebut. Jika kos tepung dikatakan sebagai faktor, maka pengiraan kos sebenar untuk harga makanan harus dilakukan dan salurkan maklumat ini kepada pengguna. Dengan berbuat demikian, pengguna akan mendapat idea dan pemahaman yang lebih baik mengenai jumlah harga makanan yang sepatutnya dibayar, dan permintaan pasaran akan membantu untuk menstabilkan harga. Restoran dan gerai makanan juga mesti mempamerkan harga untuk setiap jenis makanan yang dijual.
Dalam rantai pengeluaran makanan, KPDNHEP boleh memainkan peranan dalam meliberalisasikan pasaran. Dalam konteks ini, ia tidak bermaksud memansuhkan perundangan dan mekanisme kawalan harga di pasaran. Yang dimaksudkan sini ialah pada setiap peringkat dalam rantai pasaran, wujudnya persaingan. Contohnya, jika hanya ada satu sahaja pembekal bagi gula, maka mereka boleh memanipulasikan harga di pasaran. Jika pemborong yang ada tidak ramai, mereka boleh menaikkan harga barangan dan peniaga tidak mempunyai pilihan selain membeli barangan tersebut.
Untuk memastikan persaingan yang aktif di semua peringkat dalam rantai bekalan makanan, harga perlu diturunkan melalui persaingan pasaran, dan dalam aspek ini, KPDNHEP boleh memperkenalkan akta Perdagangan dan Persaingan Adil. Akta ini sebenarnya sudah lama dipelopori oleh pergerakan pengguna dan pihak kementerian namun pembangunannya adalah perlahan. Kembali kepada isu kenaikan harga, kerajaan juga boleh mengusahakan tanah-tanah terbiar yang dimilikinya. Pada masa ini, Malaysia mempunyai lebih kurang 200 kelab golf dan jumlah hektar tanah yang sudah digunakan berjumlah 13,090 hcktar. Kita dikurniakan dengan iklim tropika dan tanah yang subur, namun terdapat banyak lagi tanah terbiar yang belum diusahakan. FELDA memiliki 20,000 hektar tanah terbiar yang tidak sesuai untuk penanaman kelapa sawit, dan adalah wajar ia diusahakan untuk tanaman makanan.
Apakah pula peranan pengguna?
Pengguna pada masa ini harus menilai kembali perbelanjaan mereka harus tumpukan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sahaja. Aktiviti yang membazirkan seperti meminum arak, berjudi dan merokok seharusnya dihentikan, kerana ia bukan sahaja mahal tetapi juga membahayakan kesihatan. Bayangkan seseorang yang membeli tiket loteri sebanyak RM 30 seminggu, dalam setahun sudah membelanjakan sebanyak RM 1,560 yang boleh dijadikan simpanan ataupun untuk membiayai insuran.
Merokok dan meminum arak merupakan kegiatan seharian yang amat merugikan. Lebih dari 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia akibat penyakit yang disebabkan oleh aktiviti merokok atau meminum arak, dan banyak lagi yang menderita kerananya sama ada dari kerosakan hati, keganasan domestik, ataupun kemalangan disebabkan pemandu mabuk. Kajian MOH menunjukkan bahawa 12.2% dari populasi rakyat Malaysia yang dewasa meminum minuman beralkohol.
Satu contoh lagi adalah perbelanjaan atas telefon bimbit. Malaysia berada di tempat keenam pada tahun ini dalam jumlah pesanan ringkas(SMS) yang dihantar melonjak lebih dari 20% dari tahun lepas. Sejumlah 50 billion SMS telah dihantar oleh 23.3 juta pengguna. Berdasarkan MAXIS sahaja, pelanggannya menghantar lebih dari 100 juta SMS sehari dengan purata 13 SMS per individu. Caj yang dikenakan adalah biasanya dari 5sen sehingga 15sen, dan perbelanjaan untuk SMS sahaja boleh mencecah angka yang tinggi, dan ini tidak termasuk panggilan-panggilan yang dibuat. Selain itu juga ada ASTRO. Sehingga Julai 2008, terdapat 2.4 juta pelanggan kediaman, merangkumi 43% dan jumlah isirumah. Dcngan kos bulanan untuk pakej termurah sebanyak lebih kurang RM40, dan kebanyakan pengguna membayar purata bil sebanyak RM100 sebulan. lanya sebenarnya pcrbelanjaan yang boleh dielakkan. Pengurangan dalam aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan sebegini membolchkan penjimatan yang ketara setiap bulan, dan wangnya boleh digunakan untuk membiayai keperluan asas harian.
Dalam usahasama yang lebih menyeluruh, pengguna juga boleh membentuk koperasi pengguna, enterpris bebas yang menjurus kepada kualiti servis dan bukannya mengaut keuntungan. Koperasi pengguna boleh menyediakan barangan dan servis yang berkualiti kepada pengguna pada harga yang berpatutan. Di negara-negara lain, terdapat banyak koperasi pengguna yang berjaya seperti di Japan, Eropah, and US. Koperasi pengguna boleh membantu sektor pertanian dengan membekalkan pengguna terus dengan barangan yang segar dari pembekal tanpa perlu melalui mekanisme pasaran.
Bagaimana FOMCA boleh membantu pengguna?
FOMCA telah mengenal pasti masalah yang sedang dihadapi pengguna dan sedang mengambil langkah konkrit dan penyelesaian jangka panjang untuk menandingi isu ini. Langkah komprehensif yang sedang dijalankan adalah perlaksanaan kempen pengguna yang akan berlangsung untuk empat tahun (2008-2012) iaitu, "Kempen Konsumer Kebangsaan" atau 3K, yang bertujuan untuk menyemai konsep cara hidup lestari dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih bertanggungjawab dalam kehidupan mereka. Tema kempen adalah "Perubahan Bermula dengan Saya" dan melalui kempen ini, pengguna akan mempelajari cara dan kaedah untuk mengubah kepercayaan dan tabiat lama corak perbelanjaan dan penggunaan. Selain itu, mereka akan mempelajari kemahiran baru yang mampu mengubah dan meningkatkan tahap kehidupan mereka. Bersamaan dengan ini, FOMCA sedang menjalankan kerjasama dengan NGO yang lain yang mempunyai kumpulan sasaran yang spesifik seperti NCWO, MBM, dan juga CUEPACS. Pelbagai program sudah dirancang untuk membantu dan memberi galakan kepada pengguna seperti aktiviti menanam hasil tani sendiri. Aktiviti sebegini dapat membantu dalam krisis kekurangan makanan dan juga fcenaikan harga barangan. Program lain termasuk perancangan kewangan individu, pemilihan makanan yang sihat dan menjimatkan, mengoptimumkan penggunaan air dan tenaga, dan juga menentukan keutamaan perbelanjaan mereka. Kerjasama juga dijalankan bersama dengan KPDNHEP untuk program-program pengguna lain seperti Hari Pengguna Kebangsaan dan bengkel-bengkel pendidikan pengguna.
Dalam aspek yang lain, kita akan meneruskan usaha untuk memastikan polisi dan keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan akan memelihara kebajikan pengguna.
Cabaran akan datang bagi pengguna?
Pengguna akan berdepan dengan keadaan sosial ekonomi yang mencabar pada masa yang akan datang. Di waktu krisis kewangan global, krisis kekurangan bekalan makanan, dan krisis pemanasan global, adalah jelas bahawa pengguna perlu kembali kepada kehidupan dan kepenggunaan lestari. Apabila kita diselubungi dengan ketamakan, kehendak materialistik, dan penggunaan berlebihan, impak ke atas sosio-ekonomi negara juga adalah ketara. Adakah kita mempunyai sumber yang mencukupi untuk menampung populasi dunia yang semakin bertambah? Adalah penting bagi pengguna untuk mengubah din dan cara hidup mereka dengan mengguna dengan lebih bertanggungjawab, kerana corak penggunaan mereka akan memberi kesan kepada keadaan persekitaran.
Pihak kerajaan juga perlu mengimbas balik keutamaan pembangunan mereka dan bergerak ke arah pembangunan lestari. Semangat kerjasama dalam Polisi Pengguna Kebangsaan perlu diperluaskan dan disemai dalam pelbagai pihak. Hanya dengan kerjasama yang kukuh dan sistem perlaksanaan yang cekap, kita boleh memberikan masa depan yang cerah kepada generasi yang akan datang

No comments:

Post a Comment